KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2019 – Art of Speed (AOS 2019), acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya yang kelapan tahun ini, untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik!

Acara ini telah berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2019 di Malaysia Agro Exposition Park, (MAEPS) Serdang. Acara ini merekodkan 55,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung.

Saban tahun, penganjur AOS 2019 masih mengekalkan tradisi membawa masuk kenderaan vintaj dan ubahsuai yang mengkagumkan dari luar negara. Kenderaan khas yang dipamerkan kepada pengunjung adalah:

  1. HEIWA MOTORCYCLE (JEPUN) dengan BMW R9T Custom, yang dikomisenkan oleh BMW Motorrad.
  2. MOON OF JAPAN 1961 Ford Falcon Sedan Delivery “PANTASTIC”.
  3. HOT DOCK CUSTOM CYCLES (JEPUN) dengan 1948 FL Harley-Davidson Custom “StG Nautilus”. Motosikal ini telah dianugerahkan  “Grand Champion” di acara S&S 50thAnniversary “World’s Largest Build-Off” pada 2008.

Pengisian kemuncak Art of Speed adalah kehadiran komuniti kustom antarabangsa dan media yang semakin bertambah dan para pengunjung dapat beramah mesra dengan mereka:

  1. Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii & Masakazu “PAN” Sumi daripada MOONEYES
  2. Oliver Jones Grayson dikenali sebagai The Cutrate; Amerika Syarikat (Pemenang Born Free 2019)
  3. Shaik Ridzwan dikenali sebagai The Mighty Motor; Amerika Syarikat
  4. Geoffrey Douglas Baldwin daripada Return of the Café Racers; Australia
  5. Chris Cooper daripada Fuel Tank; Australia
  6. Matthew Everingham daripada Speedhunters.com; Australia
  7. Marlon Slack daripada Pipeburn; Australia
  8. Makoto Watanabe daripada Chopper Journal Magazine; Jepun
  9. Makoto Ukai daripada Model Cars & Let’s Play VW Magazine; Jepun
  10. Daisuke Katsumura & Satoshi Furuuchi daripada Kousoku Yuen Magazine & Street VW Magazine; Jepun
  11. Kanda Manabu daripada Kalifornia Look Magazine, Jepun
  12. Yasuo Sekijima daripada Vibes Magazine; Jepun
  13. Kengo Kimura daripada Heiwa Motorcycles; Jepun
  14. Keiji Kawakita daripada Hot Dock Custom Cycles; Jepun
  15. The Nash daripada Burnout Magazine; Jepun
  16. Daisuke Sakon daripada Kustomstyle; Jepun
  17. Kenichiro Kaneko daripada Truck Masters Show; Jepun
  18. Kenji Hasegawa daripada Orion Ace; Jepun
  19. G Tiki Art & Pinstriping; Jepun
  20. Makoto M&K Custom Signs; Jepun
  21. Ken Takano daripada Ken’s Art Kustom Garage; Jepun
  22. Jeffrey Chang daripada MOONEYES Taiwan
  23. Lou Nozaki daripada Beetle Helmet; Jepun

Art of Speed Invitational Car Build Off 2019 tahun ini dikuasakan oleh PETRONAS, menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Keputusan dari pihak juri memihak kepada The Classic Garage dari Johor Bahru dan pilihan awam ialah Carazee Artwork dari Klang.

Hot Wheels juga berada di AOS 2019 dengan Steve Vandervate, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels (Segmen Premium dan Pengumpul). Beliau hadir ke acara daripada Amerika Syarikat untuk bertemu dengan semua peminat jenama kereta miniatur ini. Beliau melancarkan siri “Japan Historics 3”, yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 di bawah tema “Legendary Japanese Cars”. Nissan Skyline R31 bersaiz sebenar dan Honda City Turbo II dipamerkan bersama dengan prototaip “diecast” untuk tatapan semua pengunjung semasa acara ini berlangsung.

Diantara sorotan khas di AOS 2019 adalah koloborasi Hot Wheels & Krome Bandits edisi khas terhad daripada PETRONAS. Hausboom, dengan kerjasama Hot Wheels, mempamerkan kereta rasmi berskala 1:1 New Beetle Gen 1 sebagai hadiah yang diberikan kepada pembeli Hausboom yang bertuah di acara AOS 2019. Kolaborasi rasmi ini adalah yang pertama seumpanya di Asia. Hadiah kereta itu dimenangi oleh pemenang bertuah; Eric Lim dari Kuala Lumpur.

Antara aktiviti menarik di acara adalah pameran VANS yang bertemakan “Black Rainbows” yang memberi penghormatan kepada kasut “Era” dan juga klinik papan selaju, Hail Vintage dan NoEqual NEAT Fest di dalam Dewan C, segmen forum yang menjadi pengisian menarik di AOS 2019 iaitu Kustom & Koffee Talk yang telah dihoskan oleh Keshy Dhillon dari Bikesrepublic.com yang menengahkan panel dari luar negara iaitu Oliver Jones dari The Cutrate, Shaik Ridhwan dari The Mighty Motor USA dan Kengo Kimura dari HEIWA Motorcycles Japan.

Harley-Davidson FXDR 114 juga telah dilancarkan di AOS 2019. Model baru motosikal yang baru ini didatangkan dengan kelebihan teknikal yang dipadankan dengan pengukuhan aspek prestasi.

Lain-lain aktiviti di AOS 2019 termasuk:

  • Roda Rumble 2019 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
  • Tapak Makanan yang menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan dan Pasar Lambak Vintaj
  • Perlumbaan Strider untuk kanak-kanak yang akan dianjurkan oleh Strider Kids Malaysia
  • Meraikan acara perhimpunan “MINI 60thAnniversary Malaysia”
  • Perhimpunan “Scale Dicast Culture” (Dewan C)
  • Pertandingan Hot Wheels Club Malaysia Custom & Zon Permainan  (Dewan C)
  • Pameran motosikal vintaj “Best Of British” daripada The Return of The Café Racer & Triumph Motorcycles Malaysia. (Dewan A)
  • Pameran Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (Dewan A)
  • Forum perkongsian initiatif kerajaan negeri bersama YB Tuan Mohd Khairuddin Othman, Pengerusi Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor

Antara perubahan besar ketara yang telah dibuat oleh penganjur acara AOS 2019 adalah konsert Sound Circus yang dipindahkan ke kawasan luar yang lapang untuk memenuhi permintaan peminat muzik yang semakin meningkat angkanya. Barisan artis Sound Circus menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan kugiran musik lain seperti Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan banyak lagi pada hari Sabtu & Ahad  pula menyaksikan Asheed Def Gab C, Kid Search dengan persembahan utama, Blues Gang.

Melengkapkan pertunjukan acara pada hari Ahad pula diadakan hadiah cabutan bertuah dimana seorang pemenang bertuah akan pulang dengan SATU (1) unit Mini Cooper yang telah diubahsuai dengan tambahan enjin Suzuki Hayabusa oleh FNG Works. Pemenang bertuah yang diumumkan di pentas utama adalah Tham Wei Ping dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Para pemenang kategori motosikal dan kereta “Best of Show” memenangi pakej percutian dan hadir ke acara 28th Annual MOONEYES Yokohama Hot Rod and Custom Show pada Disember ini sebagai tetamu kehormat.

Senarai pemenang AOS2019:

  1. BEST OF MEGA CAR & MOTORCYCLE CLUB GATHERING
    OSBMX
  1. BEST MARKETPLACE
    BLACK RAINBOWS by HOUSE OF VANS
  1. BEST DISPLAY MOTORCYCLE
    NODIE CYCLES
  1. BEST DISPLAY CAR
    BWB

AOS Invitational Car Build Off

  1. Jury Award
    THE CLASSIC GARAGE from Johor Bahru, builder Ravinder Singh.
    Morris 1964 custom hot rod, Mercedez 5.0ltr V8 engine.
  1. Public Award
    CARAZEE ARTWORK from Klang, builder Ajie.
    Volkswagen Nova Sterling Kitcar, 1972

Best Of Show Automobile

FAROIB AUTOSPORT, Skyline KGC10, Hakosuka 1971 (Malaysia)

Best Of Show Motorcycle

MOHD NASIR MORNI, Honda EX5, 1995 (Malaysia)


Did you like this? Share it!